Thursday, 6 October 2011

Kata Adjektif



Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu


kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.


1.       Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

2.       Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.

Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.



1. Adjektif Jati

          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati

          Contoh

         - Buku itu berwarna biru
          -Budak kurus itu kawan saya.


2. Ajdektif Bilangan atau pecahan

          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.

          Contoh

         - Ayah memiliki dua buah kereta
         - Saya membeli beberapa kuntum bunga.


3. Adjektif Tunjuk

          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”

          contoh

          -Baju ini mahal harganya.
         - Perkara demikian jangan diulangi lagi.


4. Adjektif pencerai / pengasingan

          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.

          Contoh

         - Setiap pelajar mesti berdiplin.
         - Ambil barang masing-masing.


Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
 Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik
          (b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar 
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti
 malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan
 sifat pencaindera seperti masin dan harum.




B. Pangkat-pangkat Adjektif

1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa

Contoh

Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.


2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

Contoh

Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.


3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.


Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.


4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.




Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih

perkataan, frasa, atau ayat.





Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )

B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )


A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.

        mendengar ialah kata kerja

          transitif

        radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.

2. perempuan itu menjual sayur.

3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat

atau penyambut.

(a)      Pak Abu menjala ikan.

(b)     Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.

(c)      "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.

(d)     Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.

(e)      Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.

(f)      Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya ::

1. Mereka berjalan pada hari cuti.

2. Anjing itu sedang tidur.

3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif

1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,

dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’

di hujungnya.

Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.

2. Emak sedang menidurkan adik.

3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.

4. Halim mengikuti perbualan mereka.

5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif

1.       Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.

Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2.       Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga

3.       Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.

Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.       Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.

Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5        Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan